Thursday 27 March 2014

ayat-ayat cinta

 . tiba-tiba rasa macam  nk berjiwang pulak . lama tak berjiwang ni . hahahaha ...


Setiap orang ada kisah tersendiri. Walaupun kita tengok dia senyum tapi dalam hati dia tersirat seribu kesedihan yang dia cuba pendamkan.

Lebih baik buat "fake smile" daripada bagitau dekat orang apa perasaan kita sebab mungkin dia takkan paham dan mungkin dia takkan peduli.

 



Perkara yang paling susah dalam bersahabat ialah, menegur sahabat sendiri ketika dia buat salah kerana kita tidak ingin hati dia terluka

sahabat akan sentiasa bersama kita walaupun susah dan senang 



untuk melupakan , tidak semudah seperti di waktu awal perkenalan dan percintaan .


Orang yang bertunang, BELUM TENTU akan berkahwin..
Orang yang sudah berkahwin, BELUM TENTU akan mendapat zuriat..
TETAPI...
Orang yang hidup, SUDAH TENTU akan merasai MATI... kerana MATI itu PASTI..!!

Mula2 Sayang..
Lama2 melayang..
Bila dah hilang..
Mula la terbayang2..
Baru la taw camne to sayang..

SAYA DAH CUBA TAK NAK MENANGIS DI SAAT MENGINGATI AWAK, TAPI TAK TAU KENAPA TIBA-TIBA AIR MATA SAYA INI JATUH JUGA.... ='(

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.


Disaat kita meminta maaf , Itu bukan bererti kita yang bersalah , kita buang ego kita untuk hargai hubungan kita dengan dia . tak rugi pun

Bila kita dah mula sayangkan seseorang, perasaan kita terhadap dia tak kan berubah walaupun dia dah banyak buat salah pada kita. Kita mungkin marah dia, tapi hati kita tetap ambil berat tentang dia

Cinta ibarat masa, bukanlah lama atau sekejap yang menjadi hitungan, tetapi bagaimana untuk menghargainya itu yang paling utama

Mesej boleh dipadam, gambar pun boleh dipadam. Tapi KeNanGaN kita dengan seseorang yg pernah hadir dalam hidup kita memang sukar utk dipadam


Nak kenal seseorang SENANG, nak suka seseorang SENANG, nak sayang seseorang pun SENANG jgk, tapi nak lupakan seseorang sangat SUSAH.

Kawan boleh mengkhianati kita, Pasangan juga boleh meninggalkan kita. Tapi Allah, sentiasa berada disisi

Kita cuba jaga hati dia, layan dia baik-baik, tak nak bagi dia kecewa, tapi dia tak pernah tau pun macam mana nak jaga hati kita


CINTA itu FANATIK Datangnya secara AUTOMATIK Perlu diurus secara SISTEMATIK Tak perlu buat latihan MATEMATIK cuma Lebihkan sedikit ROMANTIK.

Hargailah setiap pertamuan..
Kerana di situ pasti ada perpisahan..
Sayangilah setiap perpisahan..
Kerana di situ pasti ada kesedihan.


Cinta ibarat menggenggam setangkai Mawar, semakin erat kita menggenggam, semakin terasa duri yang menusuk. Semakin lemah kita menggenggam, semakin mudah diterbangkan ang

Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.


assalamualaikum jmpe korng lagi ................